Saturday, December 11, 2010

My 15..


Nak join macam aku? Klik banner..

Tak pasal-pasal aku d tag..Hehe tapi pe2 pun mekacih buat Mra sbb tag caye.. Okeh jom sama2.. Projek nie sebenarnya kepunyaan Qarl. Kontest nie telah bermula dan juga sedang berlangsung dan akan tamat pula pada 13 Disember 2010. 15 segala benda dan perkara tentang aku...


1..


Tadaa..Nokia 3315. Mama belikan. First time miliki ketika berusia 14 tahun @ form 2. Hanset nie masih lagi dalam simpanan tapi dah tak punya rupa paras lagi. Dah dimamah usia. Nak buang sayang, maklumlah gajet pertama yang dimiliki. Tapi hanset nie masih lagi berfungsi ya, nak buat mesej boleh tahan lah.

2..



My beloved sis(STTS) Sama tapi tak Serupa..Love her very much and my love will  forever. Bila jumpa sahaja akan ada pergaduhan tapi itu hanyalah gaduh-gaduh manja. Suka ketawa dan bila ketawa susah nak berhenti macam dah kene rasuk. Banyak rahsia ada dengan dye, dan banyak juga rahsia dye ada ngan aku..

3..


Hitam..Gelap tiba-tiba. Dunia ku seakan gelap gulita tanpa disinari lampu mahupun klip-klip. Namun aku suka warna hitam sebab bila mana aku bergaya dengan warna hitam ia menampakkan aku seorang yang elegen. Ewah-ewah-ewah..

4..


Mee Bandung..Bukan sebarang mee. Kene p Bandung baru dapat makan. Podahhh aku tipu aje. Mana-mana pun boleh didapati. Ini makanan kegemaran aku yang terbaru. Best makan sampai menjilat kulinari opss kutleri (garpu & sudu).

5..


Driving.. I like and crazy on driving. Minah race. Suka bawak kereta laju-laju, tapi paling laju pun 120km/j je.. Hampir terlibat dalam kemalangan but Allah S.W.T. masih sayangkan hambanya ini. Alhamdullilah..

6..



My lappy.. Everything inside there. Sekali kau padam habis kerja aku hilang. Jaga-jaga.

7..


Pantai.. suka tengok..Jiwa akan rasa tenang dan hidup akan kembali ceria.. Tak caye!! Cubalah anda akan pasti bahagia..

8..


Semut!! Tak suka..Penah masuk dalam telinga aku masa darjah 2. Sakit dohh.. Cilak kau punya semut.

9..




Black Forest.. Segala jenis choc yang ada nama black forest aku suka.. Tak kisah lah mahal ke murah semua aku sapu..


10..





Lancer Evo.. hitam..Perghh!! Mampukah utuk memiliki mu?? Leh ahh wat drift nanti.


11..




My persoanal blog..Segala perkara yang melibatkan aku pasti ada catatanya. Suka, duka, pahit, masin semua aku abadikan.. Sapa yang buka blog aku, kalau menyampah sila tekan butang 'X'.. Terima kasih..

12..


Ice cream..Paling aku suka chocotop Mc'D. Bila aku p Jusco mesti aku beli ice cream nie.. Best..Sehingga menjilat dye punya con..

13..



Ini rahsia sebenarnya. Tapi sekarang bukan rahsia lagi. Aku boleh dikatakan seorang yang garang aka bekeng (org kelantan cakap). Aku mudah marah dan mengamuk. Sapa yang tak dengar cakap, susah di ajar..Aku apa lagi berangin-angin seluruh badan..

14..





Doraemon...Aku suka tengok kartun doraemon tau.Comel je doraemon nie dengan badan, tangan dan ekor yang bulat..hehe


15..



Bowling...Aku bukan pandai sangat main bowling nie. Bila aku main tak akan tak ada masuk longkang, mesti akan ada punya. Tapi aku tetap berusaha untuk bermain biarpun aku tak setanding Shalin Zulkifli..Kau ada usaha??

Perghh.. berhari-hari aku dop fikir pe segala benda dan perkara tentang aku. Akhirnya berjaya juga aku listkan 15 segala benda tentang aku. Tahniah untuk aku dan tahniah juga buat sapa-sapa yang dah post korang punya link kat blog Qarl..

Mangsa seterusnya..

4 comments:

Mra Mastura said...

maceh buat! >.<

Unknown said...

hehe,,sama2x..thx tag..:P

NIA said...

lahhhh kan.baru perasan tarikh tutup harini.tsk.sadis betul perasaan.tak apalah.thanks tau shera sbb tag :)

Unknown said...

alaaa..11.59 malam nie baru tamat..buat lah smpat lg nie..